
Kursus ini memenuhi keperluan dengan pemahaman yang meluas tentang aspek operasi di dalam bidang kulinari yang menekankan kepada kemahiran dan pengetahuan teori. Pelajar mempelajari pelbagai aspek menjalankan dan menguruskan operasi dapur, perniagaan katering, mempelajari kemahiran asas masakan sama ada masakan tempahan, antarabangsa atau masakan ala barat serta perkhidmatan secara komersial. Pelajar juga akan mempelajari dari aspek membeli, penyeliaan, keusahawanan, keselamatan makanan dan sanitasi, pembangunan sumber manusia, organisasi an penyelenggaraan dapur yang mana akan menyediakan pelajar dengan asas keperluan alam kerjaya di dalam bidang hospitaliti serta mengikuti perkembangan semasa industri hospitaliti.